Majlis Khatam Al-quran + Berbuka Puasa @ Surau Al-Arif

Majlis Khatam Al-quran + Berbuka Puasa @ Surau Al-Arif

Ramadan adalah penghulu segala bulan. Dalam bulan Ramadan diturunkan Al-Quran. Ramadan adalah bulan beribadat, keampunan, rahmat dan bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Setiap umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kesucian Ramadan yang penuh barakah ini.

Sehubungan itu, Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan Program Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran sebagai pengisian dan penghayatan Ramadan oleh warga SMSKS. Semoga nilai-nilai Al-Quran yang mulia akan sebati dalam roh warga SMSKS dan dapat memberikan ganjaran untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF

  1. Menyemai perasaan cinta akan Al-Quran dalam kalangan warga SMSKS.
  2. Mengusai ilmu dan makrifah yang terdapat dalam Al-Quran.
  3. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SMSKS dan masyarakat sekitar.
  4. Mengingati bulan Ramadan turunnya Al-Quran.

“As-Syahid Hasan Al-Bannu berkata: Al-Quran adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh rukun Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu di dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terterbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada-NYA dengan cara membacanya”