MAJLIS PELANCARAN 'PROGRAM REBUNG'

Pengenalan:

Program ini merupakan satu elemen yang penting di dalam Kempen Mencegah Kebakaran yang merupakan aktiviti tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Justeru itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah merancang satu program khusus untuk memberi pengetahuan langkah-langkah pencegahan kebakaran bagi generasi muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah reandah dan menengah. Oleh yang demikian bagi merialisasikan program ni, kedua-dua Jabatan telah bersetuju menamakannya sebagai "Progran Rebung" selaras dengan pepatah Melayu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".

 

Tarikh program:

24 Julai 2008 (Siaran langsung di TV1 RTM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia jam 9.05 - 9.45 pagi)

 

Tempat:

Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor.