Sabtu, 15 Oktober 2016

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Perhatian kepada ibu bapa dan calon-calon UPSR 2016 yang berminat dan berkelayakan untuk ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan secara online untuk masuk ke tingkatan satu (1) di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) tahun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara kini telah mula dibuka.


Sila layari laman sesawang berikut untuk membuat permohonan anda :
https://sst1.moe.gov.my/

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ambilan 2017:
  • Permohonan dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2016.
  • Baca dan fahami info SBP serta panduan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan Ibubapa/Penjaga/Guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran UPSR 2016.

Tiada ulasan: