Isnin, 8 Julai 2013

KEJOHANAN CATUR KUSESS KALI PERTAMA 2013 BERTARAF KEBANGSAAN

Buat julung kalinya KUSESS menganjurkan Kejohanan Catur KUSESS yang bertaraf Kebangsaan. Dengan kerjasama Persatuan Catur Selangor dan Persekutuan Catur Malaysia, kejohanan berjaya dilangsungkan di Dewan Prima KUSESS selama dua hari bermula 6 hingga 7 Julai 2013.

Acara berkumpulan  berlangsung pada 6 Julai 2013 (Sabtu) manakala acara individu diadakan pada 7 Julai 2013 (Ahad).

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Berlian KUSESS yang telah menjuarai kategori berkumpulan (U18) manakala naib juara jatuh kepada SMK Saujana Utama. Tempat ketiga pula disandang oleh SMK SAAS.

Bagi kategori individu (U18), juara jatuh kepada Nur Najiha Azman Hisham (KUSESS) manakala naib juara ialah Nur Nabila Azman Hisham (SMK Saujana Utama). Tempat ketiga pula disandang oleh Muhd Noor Azam Mohd Noor (KUSESS).

Tiada ulasan: