Isnin, 7 Januari 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2013

Majlis pendaftaran pelajar Tingkatan 1 tahun 2013 hari ini bermula seawal jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Selepas itu pelajar mula bergerak ke Dewan Prima bagi mendengar sedikit taklimat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh Cikgu Aridah.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Naib YDP PIBG dan seterusnya ucapan oleh Pengetua Cemerlang Kusess. Satu acara simbolik penyerahan pelajar Tingkatan 1 oleh ibu bapa pelajar kepada Pengetua Kusess diadakan selepas bacaan ikrar pelajar selesai.

Sebelum majlis bersurai, pelajar Tingkatan 1  dibahagikan kepada abang-abang dan kakak-kakak angkat masing-masing.

Tiada ulasan: