Rabu, 30 Januari 2013

LATIHAN VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE)



Latihan Virtual Learning Enviroment (VLE) Pusingan Dua Kepada Sekolah Champion Negeri Selangor Bagi Tahun 2013 telah diadakan pada hari ini. Seramai 3 orang jurulatih dari FrogAsia telah datang ke sekolah ini untuk mengadakan latihan.

Pelatih yang terlibat pada hari pertama ialah seorang PK Akademik, empat orang Ketua Bidang / Ketua Panitia dan dua orang Admin Frog VLE daripada 3 buah sekolah Champion (SM Sains Kuala Selangor, SMK Seri Desa dan SK Jalan Raja Musa).

Pelatih yang terlibat pada kahi kedua pula ialah seorang PK Kokurikulum, seorang PK Hal Ehwal Murid,  dua orang Guru Penasihat Persatuan / Kelab, dua orang Admin Frog VLE dan empat orang murid daripada ketiga-tiga buah sekolah Champion tersebut.

Tiada ulasan: