Jumaat, 5 Oktober 2012

Majlis Doa Murabbi 2012


Tarikh : 5 Oktober 2012
Masa : 7.30 - 9.00 pagi
Lokasi : Surau Al A'rif SM Sains Kuala Selangor

Pengenalan

Program Doa Murabbi adalah merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun untuk menyemarakkan usaha ke arah mencapai kecemerlangan akademik. Secara amnya, program ini diadakan sebagai persediaan kerohanian dan mental pelajar sebelum menghadapi peperiksaan PMR dan SPM setiap tahun.

Matlamat

Mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM melalui aktiviti kerohanian seperti Bacaan Yasin, Solat Hajat dan restu guru.

Objektif
  • Mempertahankan maruah sekolah dengan mendapat kejayaan yang cemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012
  • Membakar semangat dan membina motivasi pelajar agar lebih bersedia memasuki dewan peperiksaan
  • Mendidik jiwa guru untuk merestui dan menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar
Sasaran

144 calon PMR 2012
174 calon SPM 2012

Program Doa Murabbi 2012 diharap dapat memacu para pelajar untuk mencipta keunggulan dan kecemerlangan akademik secara konsisten.

"KUSESS NO 1"

Tiada ulasan: