Isnin, 1 Oktober 2012

LAWATAN PENANDA ARASAN SM SAINS KUCHING KE SM SAINS KUALA SELANGOR



Pada 28 September 2012 yang lepas, seramai 15 orang guru dari SM Sains Kuching telah membuat lawatan penanda arasan ke SM Sains Kuala Selangor. Delegasi tiba ke SM Sains Kuala Selangor pada pukul 9:00 pagi.

Selepas selesai sesi bergambar di Dataran Gemilang, delegasi di bawa ke Bilik Seri Bayu untuk sesi  taklimat. Delegasi kemudian di bawa melawat ke bilik-bilik khas, kawasan sekolah dan juga asrama selepas sarapan pagi.

Delegasi bergerak pulang lebih kurang jam 12:30 tengahari selepas selesai makan tengahari di Dewan Mahsuri.


Tiada ulasan: