Khamis, 16 Ogos 2012

PERTANDINGAN KANDUNGAN MULTIMEDIA KREATIF SEMPENA MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE CONFERENCE (MYGOSSCON) 2012

Untuk pelajar yang berminat.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU) Jabatan Perdana Menteri akan meneruskan penganjuran Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2012 pada pada tahun ini yang akan diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2012 di Hotel Marriot, Putrajaya.

Sempena MyGOSSCON 2012 tersebut, MAMPU dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif yang akan dibuka penyertaannya kepada semua Sekolah Menengah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Usaha ini adalah bagi memperkenalkan dan memperluaskan lagi penggunaan Perisian Sumber Terbuka (OSS) dan menggalakkan kreativiti murid sekolah, pelajar kolej matrikulasi dan guru pelatih IPG dalam penggunaan perisian sumber terbuka berasaskan multimedia.

Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan jemputan penyertaan kepada sekolah-sekolah, kolej-kolej dan institut-institut di bawah seliaan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Garis panduan pertandingan, borang penyertaan dan surat aku janji adalah seperti dilampiran.

Di atas segala kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.



MAZLINA BT ZAMMANI

Unit Pengurusan Dasar Keselamatan dan ICT
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E11, Parcel E
62604 Putrajaya
No Tel.(P): 03-8884 3573 No Fax: 03-8889 5244
Email : mazlina.zammani@moe.gov.my;

Tiada ulasan: