Rabu, 18 Julai 2012

LAWATAN MUSYAWARAH KETUA KEPALA SEKOLAH (MKKS-RSBI) SE-PROVINSI JAWA BARAT, INDONESIA




Seramai 80 orang wakil delegasi daripada 4 buah sekolah di Jawa Barat, Indonesia telah datang melawat KUSESS pada hari ini. Mereka disambut dengan penuh meriah diiringi paluan kompang dan bunga manggar. Sebelum masuk ke Dewan Prima, sesi bergambar diadakan di Dataran Gemilang.

Setelah itu mereka dipersembahkan dengan persembahan silat semasa berarak masuk ke Dewan Prima. Majlis diserikan lagi dengan persembahan khas daripada pelajar tingkatan 4 KUSESS sebelum sesi taklimat. Selepas selesai taklimat berkenaan SBT dan Sistem Rumah, KUSESS disajikan dengan persembahan daripada delegasi dari Indonesia.

Selepas selesai jamuan ringan, para delegasi dibawa melawat ke bilik-bilik khas, persekitaran sekolah dan ke asrama. Para delegasi berangkat pulang selepas selesai makan tengahari di Dewan Mahsuri.


Tiada ulasan: