Khamis, 14 Jun 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012 PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR



Semalam telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor. Majlis dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Rossminah Binti Yamin A.M.N., Mantan Pengetua KUSESS kerana menjadi Tokoh Guru Kategori Sekolah Menengah bagi Daerah Kuala Selangor.

Tahniah juga kepada guru-guru KUSESS kerana telah berjaya memenangi acara Maskot Terbaik dan Juara Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah.

Tidak lupa juga kepada cik K.R.W. Shylaja kerana mendapat Sijil Penghargaan Jurulatih Pasukan Bahas Guru (Kategori Bahasa Inggeris) sempena Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Kuala Selangor.

Tiada ulasan: