Khamis, 14 Jun 2012

KONTIGEN GURU KUSESS JUARA LAGI!

Sempena Hari Guru peringkat daerah Kuala Selangor pada 13 Jun 2012 bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kusess telah menghantar kontigen yang terdiri daripada guru-guru untuk menyertai perbarisan pada hari tersebut.

Hasil kerjasama dan bantuan daripada rakan-rakan guru semua, kontigen Kusess telah berjaya merangkul sekali lagi Johan Perbarisan kategori sekolah menengah dan Johan Maskot terbaik peringkat daerah.

Ini menunjukkan walau pun hanya sempat berlatih cuma 2 jam sahaja, guru-guru Kusess sememangnya mampu memberikan yang terbaik bukan sahaja di bidang akademik malah dalam apa saja bidang yang diceburi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru di atas kejayaan ini.

Gambar-gambar raptai perbarisan......


Wajah-wajah penuh semangat....


Barisan perarakan yang ceria....


Senyuman seindah bunga yang dibawa.....


Maskot yang bakal menjadi juara....

Gambar-gambar semasa perbarisan.........


Kontigen Kusess berarak masuk.....


Diketuai oleh maskot Si Nuri.....


Antara barisan guru-guru yang berarak.....


Lambaian mesra kontigen Kusess....


Menerima hadiah Johan Maskot Terbaik......


Inilah Maskot Terbaik Kuala Selangor......


Menerima hadiah Johan Perbarisan Terbaik
kategori sekolah menengah....


Gambar kenangan Hari Guru 2012


Bersama YB Datuk Seri Noh bin Hj Omar,
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani......


Tema Kontigen Kusess 2012......

Tiada ulasan: