Rabu, 14 April 2010

Majlis Perpisahan Cik Zarina binti Abdul Rahim


Cik Zarina adalah merupakan guru Bahasa Jerman di KUSESS dan telah berkhidmat selama lebih 9 tahun di bumi SM Sains Kuala Selangor. Beliau telah berpindah ke Institut Bahasa Antarabangsa sebagai pensyarah Bahasa Jerman di sana. Warga Kusess telah kehilangan seorang guru yang sangat berjasa selama ini. Kehilangan ini sangat dirasai oleh guru dan pelajar terutama ahli Rumah Wira.
Majlis diadakan di Dewan Prima KUSESS. Walaupun cuaca hujan namun perjalanan majlis sangat lancar. Ianya dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Cik Zarina dan seterusnya ucapan oleh Pengetua dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh guru dan pelajar.

Tiada ulasan: