Isnin, 5 April 2010

Majlis Penghargaan Murabbi 2010


Majlis ini telah diadakan di Dewan Prima KUSESS bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murabbi/guru Kusess. Majlis dikelolakan oleh pelajar tingkatan 4 2010. Walaupun majlis ini disambut sederhana namun ianya cukup memberi kesan kepada guru kerana jasa guru Kusess amat dihargai oleh pelajar. Disamping itu juga, diadakan ucapan oleh pelajar berkenaan pengalaman masing-masing semasa berkursus mahupun menyertai acara yang telah mengharumkan nama Kusess. Majlis juga turut dimeriahkan dengan acara pemotongan kek dan penyampaian hadiah kokurikulum serta penyerahan cenderahati kepada guru-guru. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada guru yang diadakan di kantin sekolah.

Tiada ulasan: