Isnin, 8 Mac 2010

Pengambilan keputusan SPM 2009


Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Pelajar boleh mula mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11 pagi. Pelajar SPM 2009 yang ingin mengambil keputusan diingatkan supaya:
  1. Berpakaian kemas.
  2. Penampilan yang terurus terutama rambut pendek, misai dan janggut bagi pelajar lelaki.
  3. Tidak memakai seluar Jeans.
  4. Berkasut
Diharap pelajar dapat mematuhi peraturan yang sangat mudah ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Diminta juga agar perkara ini disampaikan kepada pelajar lain yang tiada kemudahan untuk melayari internet dan laman web KUSESS.

Tiada ulasan: