Rabu, 18 November 2009

Good luck SPM candidates


Hari ini bermulalah detik yang penting bagi pelajar tingkatan 5 KUSESS iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009. Perhimpunan pagi dijalankan seperti biasa dan Alhamdulillah cuaca pagi ini begitu baik. Seawal jam 6.30 pagi, sudah ada ibubapa yang tiba disekolah bagi memberikan semangat dan doa restu kepada anak di KUSESS. Acara pagi ini ialah ucapan oleh Pengetua dan diikuti oleh bacaan doa khas SPM oleh Ust Khairi. Acara berakhir apabila pelajar berhimpun di garaj Dewan Prima dan melangkah masuk ke dalam dewan setelah mendengar tips oleh Cik Ayu dan Pn Hasnah. Terima kasih kepada ibubapa yang hadir untuk menberi sokongan kepada pelajar SPM.

Tiada ulasan: