Rabu, 30 September 2009

Selamat kembali ke sekolah

Pelajar telah pulang semula Asrama pada hari Ahad 17 September setelah cuti Aidilfitri.dan juga pada malam tersebut telah diadakan Majlis Solat Hajat untuk PMR yang hampir tiba. Namun demikian masih terdapat pelajar yang tidak balik pada hari yang ditetapkan. Selain itu ramai pelajar yang tidak menyiapkan kerja cuti terancang yang diberi oleh guru terutamanya tingkatan 3. Pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang terbabit. Cuti 11 hari juga memperlihatkan sikap pelajar yang tidak mengambil berat tentang penampilan terutamanya berkenaan pemotongan rambut. Diharapkan tindakan yang diberi memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain.

Tiada ulasan: