Khamis, 17 September 2009

Majlis Penyerahan Duit Raya/Sedekah kepada pelajar

Seri Bayu, KUSESS - Kira-kira 110 orang pelajar KUSESS tersenyum girang hari ini kerana bukan sahaja hari ni ialah hari terakhir sebelum balik bermalam tetapi mereka cukup bertuah kerana mendapat sumbangan duit raya. Duit raya ini telah disumbangkan oleh ibubapa, guru, pelajar dan pihak swasta. Pengetua turut berpesan supaya duit tersebut dibelanjakan untuk tujuan yang baik dan tidak disalahgunakan. Bonda juga turut berpesan supaya pelajar membawa sebalang kuih raya selepas balik dari hari raya nanti.

Tiada ulasan: