Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat meyambut Hari Kemerdekaan Ke-52

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

courtesy of http://pmr.penerangan.gov.my

Dikesempatan ini, dipertontonkan semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh pelajar KUSESS dengan berani tampil ke pentas sewaktu Perhimpunan Pagi. Judul video ini ialah "Tetamu Membawa Rezeki". Saksikan..


4 ulasan:

Mohamad Khairul Nizam Abu Hassan berkata...

;) :) :)
Mana dapat logo ni?
Cam tak pernah nampak jer

9M2IBR berkata...

Not sure logo tu official utk Hari kemerdekaan ke-52. Jumpa guna google image search.

Mknace berkata...

logo official tetap logo 1 malaysia
ni logo haram ni

9M2IBR berkata...

Camner logo kemerdekaan yang official tu? habis tu logo ni logo apa?