Jumaat, 16 Ogos 2002

Lagu Rasmi Sekolah


LAGU RASMI SEKOLAH
SM SAINS KUALA SELANGOR
Berilmu beramal berbakti
Itulah pegangan sekolah kami
Kebanggaan putra putri sejati
Harapan ibu pertiwi

Bersumpah taat dan setia
Kepada agama, bangsa dan negara
Bersama mendukung cita-cita mulia
Semoga cemerlang sentiasa

## Kami berdoa kepada yang esa
Diiring restu ayah dan bonda
Dengan bimbingan guru yang tercinta
Doakan kami terus berjaya

### SMS Kuala Selangor
Pusat ilmu idaman kita
Bagai permata indah bersinar
Untuk mencapai wawasan negara

LIRIK GURU-GURU SMSKS 1996
CIPTAAN EN RAMLAN HARUN